Wednesday, February 8, 2017

Pengenalan

PENGENALAN
Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika didasarkan daripada penggunaan yang paling meluas. Bukan itu sahaja , puisi juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji  tempatan mahupun pengkaji luar. Pantun juga merupakan puisi Melayu yang tidak diragukan sifat keasliannya.Salah satunya adalah Pantun Kanak-Kanak  yang selalunya dapat dilihat dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut kajian dan penelitian yang dilakukan oleh  Zainal Abidin Bakar (1991), pantun dapat dijeniskan berdasarkan  tiga aspek iaitu: Aspek Bentuk,Aspek Tema dan juga Aspek Khalayak. Pantun mempunyai  rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkapnya terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti  2, 4, 6, sehingga 16. Rangkap pantun yang paling umum ialah memounyai  4 baris serangap. Pembentukan  rangkap berdasarkan baris ini telah menjeniskan pantun Melayu iaitu pantun 2 kerat (pameo atau pantun kilat), pantun 4 kerat, pantun 6 kerat, pantun 8 kerat, dan seterusnya hingga pantun 16 belas kerat. Terdapat juga pantun yang wujud secara berkait yang dinamakan pantun berkait (Zainal Abidin Bakar 1991), dan biasanya dalam bentuk 4 kerat.


No comments:

Post a Comment