Setiap pantun yang dicipta
mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun
merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu,
dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud
termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran
bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi
sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak
disukai. Pantun mempunyai pelbagai jenis dan ianya digunakan dalan situasi
yang berbeza. Contoh-contoh pantun adalah pantun jenis nasihat,sindiran dan
tempelak,hiburan,medidik dan pelbagai lagi jenisnya.
Pantun pula kanak-kanak direka untuk kebiasaannya untuk
mendidik dan memberi nasihat.Selain itu,ianya juga dapat dijadikan sebagai
pantun hiburan kerana perkataan yang amat menghiburkan hati turut dimasukkan
kedalam pantun tersebut. Masyarakat
Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan
yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai
pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru,
jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk
memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan
menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan
didikan.
Selain itu, ianya juga
dap[at dijadikan sebagai alat untuk kita menunjukan kasih sayang ataupun rindu
yang dipendam.
No comments:
Post a Comment