Kesimpulan Pantun.
Kesimpulannya, pantun adalah
sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman
lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu
membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk
menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu
perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat
serta untuk bersuka-suka. Pantun termasuk ke dalam puisi lama, puisi lama
merupakan latar belakang lahirnya puisi modern dan puisi kontemporer. Puisi
lama memiliki banyak aturan yang mengikatnya berbeda dengan puisi modern yang
tidak terikat oleh beberapa aturan. Puisi lama sangat patuh terhadap konvensi
yang ada, seperti jumlah bait, rima, maupun baris.
Pantun sering digunakan
dalam kehidupan harian oleh orang tua-tua, anak-anak, mahupun muda-mudi. Pantun
tetap menjadi pilihan sebahagian orang kerana sifatnya yang unik, boleh dipakai
dalam apapun situasi. Seiring dengan perkembangan pantun, pantun memiliki
bentukan baru yang disebut seloka, talibun, dan karmina.
Selain itu, sebagai sebuah
bentuk puisi, pantun ada keistimewaan dalam perbendaharaan sastera Melayu yang
cukup indah dan sering digunakan pada majlis-majlis rasmi, upacara pembuka
majlis ataupun pada majlis perkahwinan. Apabila sesuatu majlis tersebut
diserikan dengan pantun sebagai kata pemanis, pastinya sekitar majlis yang
berlangsung akan bertambah indah, riang dan berseri. Kebiasaannya pantun lazim
digunakan untuk menyampaikan hajat secara simbolik melalui kata-kata indah,
pujian dan sanjungan buat menyerikan lagi majlis yang berlangsung.Maka tidak
hairanlah, pantun yang dicipta oleh masyarakat lama diwarisi daripada zaman
nenek moyang kita mampu bertahan sehingga hari ini.