Wednesday, February 8, 2017

kesimpulan pantun

Kesimpulan Pantun.
Kesimpulannya, pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Pantun termasuk ke dalam puisi lama, puisi lama merupakan latar belakang lahirnya puisi modern dan puisi kontemporer. Puisi lama memiliki banyak aturan yang mengikatnya berbeda dengan puisi modern yang tidak terikat oleh beberapa aturan. Puisi lama sangat patuh terhadap konvensi yang ada, seperti jumlah bait, rima, maupun baris.

Pantun sering digunakan dalam kehidupan harian oleh orang tua-tua, anak-anak, mahupun muda-mudi. Pantun tetap menjadi pilihan sebahagian orang kerana sifatnya yang unik, boleh dipakai dalam apapun situasi. Seiring dengan perkembangan pantun, pantun memiliki bentukan baru yang disebut seloka, talibun, dan karmina.

Selain itu, sebagai sebuah bentuk puisi, pantun ada keistimewaan dalam perbendaharaan sastera Melayu yang cukup indah dan sering digunakan pada majlis-majlis rasmi, upacara pembuka majlis ataupun pada majlis perkahwinan. Apabila sesuatu majlis tersebut diserikan dengan pantun sebagai kata pemanis, pastinya sekitar majlis yang berlangsung akan bertambah indah, riang dan berseri. Kebiasaannya pantun lazim digunakan untuk menyampaikan hajat secara simbolik melalui kata-kata indah, pujian dan sanjungan buat menyerikan lagi majlis yang berlangsung.Maka tidak hairanlah, pantun yang dicipta oleh masyarakat lama diwarisi daripada zaman nenek moyang kita mampu bertahan sehingga hari ini.

Contoh Pantun kanak kanak

Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji
Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja
Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas

Antara Fungsi Pantun

Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai. Pantun mempunyai pelbagai jenis dan ianya digunakan dalan situasi yang berbeza. Contoh-contoh pantun adalah pantun jenis nasihat,sindiran dan tempelak,hiburan,medidik dan pelbagai lagi jenisnya.
          Pantun pula kanak-kanak direka untuk kebiasaannya untuk mendidik dan memberi nasihat.Selain itu,ianya juga dapat dijadikan sebagai pantun hiburan kerana perkataan yang amat menghiburkan hati turut dimasukkan kedalam pantun tersebut. Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan.

Selain itu, ianya juga dap[at dijadikan sebagai alat untuk kita menunjukan kasih sayang ataupun rindu yang dipendam.

Asal Usul Pantun

Kata pantun sendiri mempunyai asal-usul yang cukup panjang dengan persamaan dari bahasa Jawa yaitu kata parik yang berarti pari, artinya paribasa atau peribahasa dalam bahasa Melayu. Arti ini juga berdekatan dengan umpama dan seloka yang berasal dari India.
Pantun merupakan sastra lisan yang pertama kali dibukukan oleh Haji Ibrahim Datuk Kaya Muda Riau, seorang sastrawan yang hidup sezaman dengan Raja Ali Haji.
Antologi pantun yang pertama itu berjudul Perhimpunan Pantun-Pantun Melayu. Genre pantun merupakan genre yang paling bertahan lama. Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. 

Pada mulanya pantun merupakan senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan (Fang, 1993 : 195). Pantun pertama kali muncul dalam Sejarah Melayu dan hikayat-hikayat popular yang sezaman dan  disisipkan dalam syair-syair seperti Syair Ken Tambuhan. Pantun dianggap sebagai bentuk karma dari kata Jawa Parik yang berarti pari, artinya paribahasa atau peribahasa dalam bahasa Melayu. Arti ini juga berdekatan dengan umpama atau seloka yang berasal dari India.

Pengenalan

PENGENALAN
Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika didasarkan daripada penggunaan yang paling meluas. Bukan itu sahaja , puisi juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji  tempatan mahupun pengkaji luar. Pantun juga merupakan puisi Melayu yang tidak diragukan sifat keasliannya.Salah satunya adalah Pantun Kanak-Kanak  yang selalunya dapat dilihat dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut kajian dan penelitian yang dilakukan oleh  Zainal Abidin Bakar (1991), pantun dapat dijeniskan berdasarkan  tiga aspek iaitu: Aspek Bentuk,Aspek Tema dan juga Aspek Khalayak. Pantun mempunyai  rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkapnya terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti  2, 4, 6, sehingga 16. Rangkap pantun yang paling umum ialah memounyai  4 baris serangap. Pembentukan  rangkap berdasarkan baris ini telah menjeniskan pantun Melayu iaitu pantun 2 kerat (pameo atau pantun kilat), pantun 4 kerat, pantun 6 kerat, pantun 8 kerat, dan seterusnya hingga pantun 16 belas kerat. Terdapat juga pantun yang wujud secara berkait yang dinamakan pantun berkait (Zainal Abidin Bakar 1991), dan biasanya dalam bentuk 4 kerat.